Ayam yang disarankan ialah ayam kampung dan ayam hutan. Ini kerana, ia mempunyai isi yang liat, sesuai dengan tempoh masakan yang mencecah 30 minit.
Bahan-bahannya:
Resepi Kerisik Kelapa
dua genggam kelapa parut
kuali, blender dan lesung
Cara menyediakannya:
1. Goreng tanpa minyak kelapa parut
2. Sampailah coklat rata
3. Keluarkan dari kuali dan kisar dengan blender
4. Tumbuk dengan lesung sampai keluar minyak
5. Inilah kerisek kelapa original yang sebenar yang asli lagi puri, tak terjual di mana-mana pun, kena buat sendiri.
Resepi Rendang Ayam Kampung
1/2 ekor ayam kampung
4 sudu kerisek
2 keping asam gelugur
1 keping nisse (gula melaka)
rempah tumis 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih)
1 cawan santan pekat
2 batang serai dititik
Bahan Dikisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
8 tangkai cili padi
3 batang serai
2 biji buah keras
sehelai daun kunyit
2 helai daun limau purut
15 tangkai cili kering siap di rebus
Cara Memasaknya
1. Ini bahan untuk dikisar (bawang, lengkuas, cili padi, daun kunyit, daun limau purut dan serai)
kita tak kisar cili kering sekali. Kisar asing-asing. Yang gambar asam
keping tu, tak dikisar, entah macam mana boleh termasuk dalam gambar ni
:p
2. Inilah bahannya, ayam kampung, bahan dikisar, cili kering dikisar,
santan pekat secawan, kerisek, serai dititik, asam gelugur, nisse (gula
melaka) dan garam serta ajinomoto secukup rasa.
3. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana, masukkan
rempah 4 sekawan. Jangan panas sangat api, nanti terpercik minyak kat
perut
4. Masukkan bahan yang telah dikisar, gaul rata.
5. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Kacau sampai rata
6. Kemudian masukkan ayam. Kalau nak masukkan daging, jadilah rendang daging. Gaul sampai sebati
7. Masukkan serai yang dititik, gaul sebati
8. Masukkan nisse dan asam gelugur. Gaul sampai mendidih dan diyakini
nissen hancur sepenuhnya. Nampak seakan-akan dah pecah minyak sikit
9. Tuang santan pekat. Santan cair tak mau ya.. Biarkan didih
10. Masukkan kerisek 4 sudu. Kacau sampai sebati
11. Masukkan ajinomoto dan garam. Kita guna dua sudu kecil 'cukup rasa'
dan 1 sudu kecil garam. Masak sehingga 30 minit. Kalau guna ayam bandar,
tak boleh masak lama, nanti ayam rapuh, 15 minit dah ok.
12. Inilah rendang ayam kampung ceria. Sedapnya..