Misteri di sebalik Vatican City
Jika
pusatnya di negara lain tidak mengapa lagi, tetapi mengapa Italy atau
dengan kata lainnya negara bangsa Roman itu juga yang menjadi
pentadbirnya? Kata kunci yang boleh dberitahu, Vatican City yang
menyebarkan Kristian adalah lahir dari pengaruh POLITIK kerajaan ROM dan
sebenarnya ada dalang di sebaliknya.
Yesus lahir di bawah pentadbiran kerajaan Rom
Lahirnya
Yesus adalah di sebuah tempat bernama Bethlehem di Palestine. Waktu itu
kerajaan yang menguasai tempat itu ialah kerajaan Rom. Dipendekkan
cerita, selepas Yesus menyebarkan ajaran Tauhidnya, dia dituduh sebagai
pembawa ajaran sesat oleh orang2 Yahudi. Maka Yahudi dan kerajaan Rom
telah sepakat untuk mengenakan hukuman salib terhadap Yesus.
Tetapi
tidak kah anda merasa pelik, mengapa akhirnya kerajaan Rom dan orang2
berketurunan Yahudi sendiri yang menyebarkan agama Kristian? Termasuklah
Paulus kerana Paulus adalah keturunan Yahudi dari sebelah bapanya.
Yesus dituduh membawa ajaran sesat, tetapi akhirnya mereka sendiri yang
menganut dan menyebarkan ajaran itu. Pelik tetapi benar bukan? :)
Yang
lagi peliknya, ketika pemerintahan raja Konstantin, persidangan Niceae
telah diadakan pada 325 AD (iaitu 325 tahun selepas kelahiran Yesus)
yang mana hasil dari persidangan tersebut telah sepakat mengatakan
bahawa Yesus itu adalah anak Tuhan ataupun penjelmaan Tuhan dalam bentuk
manusia. Ini bermakna Yesus diangkat menjadi Tuhan hasil dari UNDIAN
manusia. Yesus dianggap sebagai Tuhan selepas 300 tahun ketiadaannya.
Begitu lama masa yang diambil untuk mengangkat Yesus sebagai Tuhan.
Yesus
sendiri tidak pernah mengaku sebagai Tuhan atau anak Tuhan dan tiada
bukti dalam Bible yang mengatakan dia adalah Tuhan. Sedangkan raja
Konstantin yang bertanggung jawab dalam persidangan Nicaea itu sendiri
diragui keimanannya dalam Kristian oleh orang2 Kristian sendiri. Ada
pendapat dalam Kristian sendiri mengatakan bahawa raja Konstantin
memeluk Kristian kerana menjaga keamanan di dalam empayarnya
semata-matakerana waktu itu terlalu banyak berlaku selisih faham dan
pecah-belah. Maka siapakah dalang yang telah membonekakan raja
Konstantin?
Vatican City menjadi pusat pentadbiran Kristian Katolik dan pelbagai misteri

Di
sebalik itu, muncul banyak kisah misteri yang berkaitan dengan Vatican
City. Antaranya ialah kemunculan UFO(Unidentified Flying Object) di sana
dan desas-desus mengatakan Vatican City ada hubungan dengan makhluk
yang menjadi misteri di dunia sekarang ini. Dan mengikut kajian, UFO itu
sendiri sebenarnya adalah berkait rapat dengan Illuminati.
Vatican
City dikaitkan dengan 'Black Magic' dan banyak simbol dan gambar di
Vatican City yang berunsurkan sihir. Gambar2 dan patung manusia
telanjang pun banyak. Sedangkan dalam 10 commandments, Tuhan telah
melarang membuat patung apa saja. Tetapi di sini, gereja sendiri telah
melakukan larangan dalam 10 Commandments itu. Jika Vatican sendiri tidak
segan silu dengan patung dan gambar manusia2 telanjang, apa lagi orang
awam?
Pembunuhan
Pope-pope Vatican juga telah banyak berlaku, kononnya Pope-pope itu
dibunuh kerana tidak memberi kerjasama kepada pergerakan rahsia itu.
Pope yang bersekongkol dengan mereka akan dapat bertahan lama biasanya.
Vatican
City juga dikaitkan bersekongkol dengan Zionis. Mengapa Zionist yang
juga satu pakatan dari Illuminati mahu berbaik dengan Vatican City?
Kerana melalui Vatican City mereka boleh mempengaruhi amat ramai umat
manusia dan menjalankan operasinya secara halus. Dari dahulu lagi mereka
tahu bahawa Vatican City mempunyai pengaruh yang besar terhadap dunia,
maka tiada lain melainkan cuba mempengaruhi Vatican City itu sendiri
secara halus untuk melaksanakan impian mereka.