mykadsmartshopper

FOKUS PINTAR A+

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

TEKNIK ULANGKAJI FOKUS PINTAR A+ KIMIA T4 DAN T5

HARGA RM50 UNTUK DAPATKAN 2 BUKU T4 DAN T5
RM30 UNTUK 1 BUKU T4 ATAU T5

HUBUNGI CIKGU ZAIFUL 
SMS/TEL/WHATSAPP 013 2864786



                                                                                                                          





















HARGA RM50 UNTUK DAPATKAN 2 BUKU T4 DAN T5
RM30 UNTUK 1 BUKU T4 ATAU T5

HUBUNGI CIKGU ZAIFUL 
SMS/TEL/WHATSAPP 013 2864786

kata aluan

Para pengunjung sekalian
Kuharapkan blog yang ringkas ini
Boleh memberi sesuatu sinar cahaya
Menjadikan kalian lebih berjaya dari semalam
Hari esok kalian lebih cerah dan berseri kemilauan

Kalian berjiwa segar bersemarak semangat
Kalian berfikiran luas terbuka positif
Kalian warga merdeka berdaya kreatif inovatif

Kalian bukan lagi insan terjajah
Yang dipandang rendah!
Yang hilang pendirian keliru tanpa haluan
Yang mudah dieksploitasi dan dimanipulasi

Pertanyaan ikhlasku;
Mengapakah kalian seperti insan terjajah?

donald trump

kata hikmah

"PELUANG BESAR YANG

TAK SEMUA ORANG JUMPA,

WALAU RAMAI YANG MAHU,

JUGA RAMAI ORANG

YANG TAK TAHU,

ANDA SANGAT BERTUAH

JIKA MAHU AMBIL TAHU,

ITULAH RAHSIA REZEKI

DARI ALLAH "

=Cikgu Zaiful usahajaya

gambar strategi


STRATEGI DIAMOND 6 MINGGU


STRATEGI MENCAPAI DIAMOND DALAM 6 MINGGU MINIMUM
1.Hanya bermodalkan RM30 WANG KEAHLIAN dan RM196 untuk PAKEJ RUBY (2 BOTOL GAMAT MAXX=100PV)

MASA DEPAN ANDA BERUBAH DALAM MASA SANGAT SINGKAT..

2.MINGGU 1 DAN 2 = Duplikasikan kepada 3 rakan anda (3X100PV=300PV) dan

3.MINGGU KE 3 DAN 4 = 3 rakan anda ini duplikasikan kepada 3 rakan mereka pula, 3X3=9 RAKAN NIAGA; (9X100PV=900PV),

4.MINGGU KE 5 DAN 6 = Setiap 9 orang ini duplikasikan kepada 3 orang rakan mereka pula, 9X3=27 RAKAN NIAGA; (27X100PV=2700PV)

5.JUMLAH ahli dalam organisasi anda sekarang ialah 1+3+9+27=40 RAKAN NIAGA (40X100PV=4000PV).
UNTUK JADI DIAMOND IALAH TIMBUNAN 3500PV SAHAJA

6.MLM pertama di Malaysia mempunyai Gym kuruskan badan, rawatan kecantikan, produk kosmetik, alatan terapi laser dan makanan kesihatan klik http://motivasicikguzaiful.blogspot.com/

7.Daftar dengan nama penaja usahajaya secara online KLIK www.drazimuth.com

jemputan



Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya Cikgu Zaiful adalah peneraju GROUP 50K5B dalam multilevel baru Dr Azimuth Global Network, kami menetapkan target mencapai pendapatan bulanan RM50,000 DALAM 5 BULAN.


Dr Azimuth seorang Biosaintis Malaysia yang mengeluarkan produk makanan kesihatan dan kecantikan berjenama Dr Azimuth telah menggunakan sistem pemasaran MLM mulai NOVEMBER 2012.


Sebelum menggunakan sistem Network Marketing pada NOVEMBER 2012, Produk Dr Azimuth telah di pasarkan secara single level SEJAK 2004 secara dengan mempunyai centre jualan serta pusat rawatan kecantikan.
Saya menjemput semua bersama GROUP 50K5B;RM50,000 DALAM 5 BULAN.


Tuan, boleh lihat blog saya di http://mlmtopmalaysia.blogspot.com . Jika tuan berminat mengetahui teknik ONLINE/OFFLINE  mencapai pendapatan bulanan RM50,000 DALAM 5 BULAN, Sila dapatkan beg/kit niaga yang bernilai RM30 DI CENTRE DR AZIMUTH yang berhampiran seperti dalam senarai.  Pastikan anda mendapat satu kad ahli seperti kad ATM Bank, yang mengandungi no. keahlian dan no. pin untuk dimasukkan dalam borang pendaftaran online.


Seterusnya, anda boleh buka laman web www.drazimuth.com  dan klik menu pendaftaran ahli. Sila masukkan nama penaja ialah usahajaya, isikan maklumat anda dengan lengkap. Sila lihat contoh borang pendaftaran online dalam blog http://mlmtopmalaysia.blogspot.com



Langkah seterusnya ialah pilih salah satu pakej fast start, sekurang kurangnya pilih pakej ruby (RM198, 2 Botol GamatMaxx), Berikut ialah contoh pakej;


1.RUBY (RM196/RM238/RM280) Bergantung kpd 3 pakej produk
(Rebet 100PV X 10% = RM10(MASUK e-walet), MAKA RM196 – RM10 = RM186


2.PEARL (RM980/RM1000/RM1012) Bergantung kpd 3 pakej produk /terapi
(Rebet 500PV X 20% = RM100(MASUK e-walet), MAKA RM980-RM100= RM880


3.EMERALD (RM3130/RM3570/RM4490) Bergantung kpd 3 pakej produk /terapi
(Rebet 1500PV X 30% = RM450(MASUK e-walet), MAKA RM3130 – RM450 = RM2680


4.DIAMOND (RM7668/RM1150/RM12096) Bergantung kpd 3 pakej produk /terapi
(Rebet 3500PV X 40% = RM1,400(MASUK e-walet), MAKA RM7668 – RM 1400= RM6268


Selepas buat pendaftaran dan beli pakej,  sila sms DAFTAR<  > NAMA <  > DR AZIMUTH CENTRE < > PAKEJ ,  kepada saya Cikgu Zaiful 013+3293028 untuk pengesahan dalam system. Saya akan mesej dalam FB teknik ONLINE/OFFLINE  untuk mencapai pendapatan bulanan RM50,000 DALAM 5 BULAN bersama DrAzimuth Global Network.


Senarai centre Dr Azimuth;

KUALA LUMPUR
1. GOMBAK (HQ)
No. 10, Jalan Harmonis 1,
Taman Harmonis, Batu 6,
Jalan Gombak, 53100
Kuala Lumpur
03+6186 8078/79, 03+6188 8079


2. MID VALLEY
No. 3, Tingkat 2,
The Boulevard Mid Valley,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur
013+2665002


3. AMPANG
G37, Jalan Pandan Prima 2,
Dataran Pandan Prima,
55100 Kuala Lumpur
03+3281 1378, 013+6909607


4.PERTAMA KOMPLEKS
Lot 2.54, Tingkat 2,
Kompleks Pertama,
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur
03+2697 0408, 019+6698079


SELANGOR.
1.BANGI
1st Floor, No. 23,
Jalan Medan Pusat Bandar 4A
Pusat Bandar, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor
03+8926 7253, 013+6354811


2.SHAH ALAM
Grand Blue Wave Hotel
Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 41000
Shah Alam ,Selangor
03+5511 0506, 019+399 1916


3. PUTRAJAYA
No 29-A, Jalan Diplomatik
Presint 15, Putrajaya
03+8861 0857, 019+2892673


4.KUALA SELANGOR
No 31, 1st Floor,
Jalan Medan Niaga 2
Medan Niaga, Kuala Selangor
45000 Selangor


PERAK
1.IPOH
31-A, Tingkat 1, Medan Gopeng
Jalan Raja Dr Nazrin Shah
31350 Ipoh
Perak
05+313 6212, 013+500 6229


PULAU PINANG
1.No 19, Tingkat 1,
Jalan Dagangan 3
Pusat Bandar Bertam Perdana
13200 Kepala Batas
Seberang Perai, P.Pinang
04+575 8079, 019+431 9439


KEDAH
1. JITRA
Unit 4.2, Tingkat 1
Bangunan MARA
Pusat Bandar Barat
06000 Jitra, Kedah
04+917 4360, 019+4625693


KELANTAN
1. KUBANG KERIAN
No PT 1164-28T/2
Jalan Raja Perempuan Zainab II
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kelantan
09+764 9464, 013+964 6474


TERENGGANU
1. KUALA TERENGGANU
100A, Tingkat 1,
Jalan Sultan Zainal Abidin
20100 Kuala Terengganu
Terengganu
09+631 8586, 019+991 8586


JOHOR
1. SEGAMAT
No 32(40-i), Tingkat 1
Jalan Genuang Kampong
85000 Segamat, Johor
07+932 3020, 019+7853270


3. JOHOR BAHRU
No 2A, Jalan Padi Emas 6/1
81200 Bandar Baru Uda
Johor Bahru, Johor
07+234 4043, 013+7325868


NEGERI SEMBILAN
1. SENAWANG
18G, Jalan Forest Height 8
Seremban Forest Heights
70450 Seremban
Negeri Sembilan


"PELUANG BESAR YANG TAK SEMUA ORANG JUMPA,  JANGAN TERLEPAS”
GROUP 50K5B, RM50,000 DALAM 5 BULAN

MOTIVASI

MOTIVASI MODAL INSAN JUARA

KOMPONEN 1;

SEMANGAT JUARA

PEMIKIRAN JUARA

SIKAP JUARA

KOMPONEN 2;

ILMU JUARA

KEMAHIRAN JUARA

PENGALAMAN JUARA

RASIONAL;

HANYA INDIVIDU YANG MEMBANGUNKAN KEDUA-DUA KOMPONEN JUARA

MEMBANTU MEMAJUKAN MALAYSIA

OBJEKTIF;

1.MEMAKSIMUMKAN POTENSI DIRI INDIVIDU HINGGA MENJADI

WARGANEGARA YANG BERJAYA CEMERLANG.

2.MENINGKATKAN TARAF HIDUP DIRI DAN KELUARGA

3.MENCEGAH PENGANGGURAN

SLOGAN;

BERILMU UNTUK BERJAYA,

BERILMU UNTUK BERJASA

SIMBOL;

GENGGAMAN JUARA

Penaja


borang daftar



Kisah Nabi Sulaiman a.s

Kisah Nabi Sulaiman a.s





Nabi Sulaiman a.s

Nabi Sulaiman adalah salah seorang putera Nabi Daud. Sejak ia masih kanak-kanak berusia sebelas tahun, ia sudah menampakkan tanda-tanda kecerdasan, ketajaman otak, kepandaian berfikir serta ketelitian di dalam mempertimbangkan dan mengambil sesuatu keputusan.

Nabi Sulaiman Seorang Juri

Sewaktu Daud, ayahnya menduduki tahta kerajaan Bani Isra'il ia selalu mendampinginnya dalam tiap-tiap sidang peradilan yang diadakan untuk menangani perkara-perkara perselisihan dan sengketa yang terjadi di dalam masyarakat. Ia memang sengaja dibawa oleh Daud, ayahnya menghadiri sidang-sidang peradilan serta menyekutuinya di dalam menangani urusan-urusan kerajaan untuk melatihnya serta menyiapkannya sebagai putera mahkota yang akan menggantikanya memimpin kerajaan, bila tiba saatnya ia harus memenuhi panggilan Ilahi meninggalkan dunia yang fana ini.

 Dan memang Sulaimanlah yang terpandai di antara sesama saudara yang bahkan lebih tua usia daripadanya. Suatu peristiwa yang menunjukkan kecerdasan dan ketajaman otaknya iaitu terjadi pada salah satu sidang peradilan yang ia turut menghadirinya. dalam persidangan itu dua orang datang mengadu meminta Nabi Daud mengadili perkara sengketa mereka, iaitu bahawa kebun tanaman salah seorang dari kedua lelaki itu telah dimasuki oleh kambing-kambing ternak kawannya di waktu malam yang mengakibatkan rusak binasanya perkarangannya yang sudah dirawatnya begitu lama sehingga mendekati masa menuainya.

 Kawan yang diadukan itu mengakui kebenaran pengaduan kawannya dan bahawa memang haiwan ternakannyalah yang merusak-binasakan kebun dan perkarangan kawannya itu. Dalam perkara sengketa tersebut, Daud memutuskan bahawa sebagai ganti rugi yang dideritai oleh pemilik kebun akibat pengrusakan kambing-kambing peliharaan tetangganya, maka pemilik kambing-kambing itu harus menyerahkan binatang peliharaannya kepada pemilik kebun sebagai ganti rugi yang disebabkan oleh kecuaiannya menjaga binatang ternakannya.

 Akan tetapi Sulaiman yang mendengar keputusan itu yang dijatuhkan oleh ayahnya itu yang dirasa kurang tepat berkata kepada si ayah: "Wahai ayahku, menurut pertimbanganku keputusan itu sepatut berbunyi sedemikian : Kepada pemilik perkarangan yang telah binasa tanamannya diserahkanlah haiwan ternak jirannya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan dimanfaatkan bagi keperluannya, sedang perkarangannya yang telah binasa itu diserahkan kepada tetangganya pemilik peternakan untuk dipugar dan dirawatnya sampai kembali kepada keadaan asalnya, kemudian masing-masing menerima kembali miliknya, sehingga dengan cara demikian masing-masing pihak tidak ada yang mendapat keuntungan atau kerugian lebih daripada yang sepatutnya."

 Keputusan yang diusulkan oleh Sulaiman itu diterima baik oleh kedua orang yang menggugat dan digugat dan disambut oleh para orang yang menghadiri sidang dengan rasa kagum terhadap kecerdasan dan kepandaian Sulaiman yang walaupun masih muda usianya telah menunjukkan kematangan berfikir dan keberanian melahirkan pendapat walaupun tidak sesuai dengan pendapat ayahnya.

 Peristiwa ini merupakan permulaan dari sejarah hidup Nabi Sulaiman yang penuh dengan mukjizat kenabian dan kurnia Allah yang dilimpahkan kepadanya dan kepada ayahnya Nabi Daud.

 Sulaiman Menduduki Tahta Kerajaan Ayahnya 

 Sejak masih berusia muda Sulaiman telah disiapkan oleh Daud untuk menggantikannya untuk menduduki tahta singgahsana kerajaan Bani Isra'il. Abang Sulaiman yang bernama Absyalum tidak merelakan dirinya dilangkahi oleh adiknya .Ia beranggapan bahawa dialah yang sepatutnya menjadi putera mahkota dan bukan adiknya yang lebih lemah fizikalnya dan lebih muda usianya srta belum banyak mempunyai pengalaman hidup seperti dia.

 Kerananya ia menaruh dendam terhadap ayahnya yang menurut anggapannya tidak berlaku adil dan telah memperkosa haknya sebagai pewaris pertama dari tahta kerajaan Bani Isra'il. Absyalum berketetapan hati akan memberotak terhadap ayahnya dan akan berjuang bermati-matian untuk merebut kekuasaan dari tangan ayahnya atau adiknya apa pun yang harus ia korbankan untuk mencapai tujuan itu. Dan sebagai persiapan bagi rancangan pemberontakannya itu, dari jauh-jauh ia berusaha mendekati rakyat, menunjukkan kasih sayang dan cintanya kepada mereka menolong menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi serta mempersatukan mereka di bawah pengaruh dan pimpinannya.

 Ia tidak jarang bagi memperluaskan pengaruhnya, berdiri didepan pintu istana mencegat orang-orang yang datang ingin menghadap raja dan ditanganinya sendiri masalah- masalah yang mereka minta penyelesaian. Setelah merasa bahawa pengaruhnya sudah meluas di kalangan rakyat Bani Isra'il dan bahawa ia telah berhasil memikat hati sebahagian besar dari mereka, Absyalum menganggap bahawa saatnya telah tiba untuk melaksanakan rencana rampasan kuasa dan mengambil alih kekuasaan dari tangan ayahnya dengan paksa. Lalu ia menyebarkan mata-matanya ke seluruh pelosok negeri menghasut rakyat dan memberi tanda kepada penyokong-penyokong rencananya, bahawa bila mereka mendengar suara bunyi terompet, maka haruslah mereka segera berkumpul, mengerumuninya kemudian mengumumkan pengangkatannya sebagai raja Bani Isra'il menggantikan Daud ayahnya.

Syahdan pada suatu pagi hari di kala Daud duduk di serambi istana berbincang-bincang dengan para pembesar dan para penasihat pemerintahannya, terdengarlah suara bergemuruh rakyat bersorak-sorai meneriakkan pengangkatan Absyalum sebagai Raja Bani Isra'il menggantikan Daud yang dituntut turun dari tahtanya.

 Keadaan kota menjadi kacau-bilau dilanda huru-hara keamanan tidak terkendalikan dan perkelahian terjadi di mana-mana antara orang yang pro dan yang kontra dengan kekuasaan Absyalum. Nabi Daud merasa sedih melihat keributan dan kekacauan yang melanda negerinya, akibat perbuatan puterannya sendiri.

 Namun ia berusaha menguasai emosinya dan menahan diri dari perbuatan dan tindakan yang dapat menambah parahnya keadaan. Ia mengambil keputusan untuk menghindari pertumpahan darah yang tidak diinginkan, keluar meninggalkan istana dan lari bersama-sama pekerjanya menyeberang sungai Jordan menuju bukit Zaitun. Dan begitu Daud keluar meninggalkan kota Jerusalem, masuklah Absyalum diiringi oleh para pengikutnya ke kota dan segera menduduki istana kerajaan.

 Sementara Nabi Daud melakukan istikharah dan munajat kepada Tuhan di atas bukit Zaitun memohon taufiq dan pertolongan-Nya agar menyelamatkan kerajaan dan negaranya dari malapetaka dan keruntuhan akibat perbuatan puteranya yang durhaka itu. Setelah mengadakan istikharah dan munajat yang tekun kepada Allah, akhirnya Daud mengambil keputusan untuk segera mengadakan kontra aksi terhadap puteranya dan dikirimkanlah sepasukan tentera dari para pengikutnya yang masih setia kepadanya ke Jerusalem untuk merebut kembali istana kerajaan Bani Isra'il dari tangan Absyalum.

 Beliau berpesan kepada komandan pasukannya yang akan menyerang dan menyerbu istana, agar bertindak bijaksana dan sedapat mungkin menghindari pertumpahan darah dan pembunuhan yang tidak perlu, teristimewa mengenai Absyalum, puteranya, ia berpesan agar diselamatkan jiwanya dan ditangkapnya hidup-hidup. Akan tetapi takdir telah menentukan lain daripada apa yang si ayah inginkan bagi puteranya. Komandan yang berhasil menyerbu istana tidak dapat berbuat lain kecuali membunuh Absyalum yang melawan dan enggan menyerahkan diri setelah ia terkurung dan terkepung.

 Dengan terbunuhnya Absyalum kembalilah Daud menduduki tahtanya dan kembalilah ketenangan meliputi kota Jerusalem sebagaimana sediakala. Dan setelah menduduki tahta kerajaan Bani Isra'il selama empat puluh tahun wafatlah Nabi Daud dalam usia yang lanjut dan dinobatkanlah sebagai pewarisnya Sulaiman sebagaimana telah diwasiatkan oleh ayahnya.

Kekuasaan Sulaiman Atas Jin dan Makhluk Lain

 Nabi Sulaiman yang telah berkuasa penuh atas kerajaan Bani Isra'il yang makin meluas dan melebar, Allah telah menundukkan baginya makhluk-makhluk lain, iaitu Jin angin dan burung-burung yang kesemuanya berada di bawah perintahnya melakukan apa yang dikehendakinya dan melaksanakan segala komandonya.

 Di samping itu Allah memberinya pula suatu kurnia berupa mengalirnya cairan tembaga dari bawah tanah untuk dimanfaatkannya bagi karya pembangunan gedung-gedung, perbuatan piring-piring sebesar kolam air, periuk-periuk yang tetap berada diatas tungku yang dikerjakan oleh pasukan Jin-Nya.

 Sebagai salah satu mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Sulaiman ialah kesanggupan beliau menangkap maksud yang terkandung dalam suara binatang-binatang dan sebaliknya binatang-binatang dapat pula mengerti apa yang ia perintahkan dan ucapkan. Demikianlah maka tatkala Nabi Sulaiman berpergian dalam rombongan kafilah yang besar terdiri dari manusia, jin dan binatang-binatang lain, menuju ke sebuah tempat bernama Asgalan ia melalui sebuah lembah yang disebut lembah semut. Disitu ia mendengar seekor semut berkata kepada kawan-kawannya: "Hai semut-semut, masuklah kamu semuanya ke dalam sarangmu, agar supaya kamu selamat dan tidak menjadi binasa diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya tanpa ia sedar dan sengaja. Nabi Sulaiman tersenyum tertawa mendengar suara semut yang ketakutan itu.

 Ia memberitahu hal itu kepada para pengikutnya seraya bersyukur kepada Allah atas kurnia- Nya yang menjadikan ia dapat mendengar serta menangkap maksud yang terkandung dalam suara semut itu. Ia merasa takjud bahawa binatang pun mengerti bahawa nabi-nabi Allah tidak akan mengganggu sesuatu makhluk dengan sengaja dan dalam keadaan sedar.

 Sulaiman dan Ratu Balqis

Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman. Setibanya di San'a - ibu kota Yeman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung pelatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu.

Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada diantara kawasan burung yang selalu berada di tempat untuk melakukan tugas dan perintah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud yang tidak hadir itu bila ia datang tanpa alasan dan uzur yang nyata.

 Berkata burung Hud-hud yang hinggap didepan Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan:: "Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Aku melihat seorang ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada-Nya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan dari jalan yang lurus dan benar."

 Berkata Sulaiman kepada Hud-hud: "Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu kerana berita yang engkau bawakan ini yang aku anggap penting untuk diperhatikan dan untuk mengesahkan kebenaran beritamu itu, bawalah suratku ini ke Saba dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawapan ratu Saba atas suratku ini." HUd-hud terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman tepat di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya.

 Ia terkejut melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya. Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, ingin mengetahui dari manakah surat itu datang dan siapakah yang secara kurang hormat melemparkannya tepat di depannya. Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi: "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah daripadaku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri."

 Setelah dibacanya berulang kali surat Nabi Sulaiman Ratu Balqis memanggil para pembesarnya dan para penasihat kerajaan berkumpul untuk memusyawarahkan tindakan apa yang harus diambil sehubungan dengan surat Nabi Sulaiman yang diterimanya itu. Berkatlah para pembesar itu ketika diminta petimbangannya: "Wahai paduka tuan ratu, kami adalah putera-putera yang dibesarkan dan dididik untuk berperang dan bertempur dan bukan untuk menjadi ahli pemikir atau perancang yang patut memberi pertimbangan atau nasihat kepadamu.

 Kami menyerahkan kepadamu untuk mengambil keputusan yang akan membawa kebaikan bagi kerajaan dan kami akan tunduk dan melaksanakan segala perintah dan keputusanmu tanpa ragu. Kami tidak akan gentar menghadapi segala ancaman dari mana pun datangnya demi menjaga keselamatanmu dam keselamatan kerajaanmu." Ratu Balqis menjawab: "Aku memperoleh kesan dari uraianmu bahwa kamu mengutamakan cara kekerasan dan kalau perlu kamu tidak akan gentar masuk medan perang melawan musuh yang akan menyerbu. Aku sangat berterima kasih atas kesetiaanmu kepada kerajaan dan kesediaanmu menyabung nyawa untuk menjaga keselamatanku dan keselamatan kerajaanku.

 Akan tetapi aku tidak sependirian dengan kamu sekalian. Menurut pertimbanganku, lebih bijaksana bila kami menempuh jalan damai dan menghindari cara kekerasan dan peperangan. Sebab bila kami menentang secara kekerasan dan sampai terjadi perang dan musuh kami berhasil menyerbu masuk kota-kota kami, maka nescaya akan berakibat kerusakan dan kehancuran yang sgt menyedihkan. Mereka akan menghancur binasakan segala bangunan, memperhambakan rakyat dan merampas segala harta milik dan peninggalan nenek moyang kami. Hal yang demikian itu adalah merupakan akibat yang wajar dari tiap peperangan yang dialami oleh sejarah manusia dari masa ke semasa.

 Maka menghadapi surat Sulaiman yang mengandung ancaman itu, aku akan cuba melunakkan hatinya dengan mengirimkan sebuah hadiah kerajaan yang akan terdiri dari barang-barang yang berharga dan bermutu tinggi yang dapat mempesonakan hatinya dan menyilaukan matanya dan aku akan melihat bagaimana ia memberi tanggapan dan reaksi terhadap hadiahku itu dan bagaimana ia menerima utusanku di istananya.

 Selagi Ratu Balqis siap-siap mengatur hadiah kerajaan yang akan dikirim kepada Sulaiman dan memilih orang-orang yang akan menjadi utusan kerajaan membawa hadiah, tibalah hinggap di depan Nabi Sulaiman burung pengintai Hud-hud memberitakan kepadanya rancangan Balqis untuk mengirim utusan membawa hadiah baginya sebagai jawaban atas surat beliau kepadanya. Setelah mendengar berita yang dibawa oleh Hud-hud itu, Nabi Sulaiman mengatur rencana penerimaan utusan Ratu Balqis dan memerintahkan kepada pasukan Jinnya agar menyediakan dan membangunkan sebuah bangunan yang megah yang tiada taranya ya akan menyilaukan mata perutusan Balqis bila mereka tiba.

 Tatkala perutusan Ratu Balqis datang, diterimalah mereka dengan ramah tamah oleh Sulaiman dan setelah mendengar uraian mereka tentang maksud dan tujuan kedatangan mereka dengan hadiah kerajaan yang dibawanya, berkatalah Nabi Sulaiman: "Kembalilah kamu dengan hadiah-hadiah ini kepada ratumu. Katakanlah kepadanya bahawa Allah telah memberiku rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan mengurniaiku dengan kurnia dan nikmat yang tidak diberikannya kepada seseorang drp makhluk-Nya. Di samping itu aku telah diutuskan sebagai nabi dan rasul-Nya dan dianugerahi kerajaan yang luas yang kekuasaanku tidak sahaja berlaku atas manusia tetapi mencakup juga jenis makhluk Jin dan binatang-binatang. Maka bagaimana aku akan dapat dibujuk dengan harta benda dan hadiah serupa ini?

 Aku tidak dapat dilalaikan dari kewajiban dakwah kenabianku oleh harta benda dan emas walaupun sepenuh bumi ini. Kamu telah disilaukan oleh benda dan kemegahan duniawi, sehingga kamu memandang besar hadiah yang kamu bawakan ini dan mengira bahawa akan tersilaulah mata kami dengan hadiah Ratumu. Pulanglah kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan mengirimkan bala tentera yang sangat kuat yang tidak akan terkalahkan ke negeri Saba dan akan mengeluarkan ratumu dan pengikut-pengikutnya dari negerinya sebagai- orang- orang yang hina-dina yang kehilangan kerajaan dan kebesarannya, jika ia tidak segera memenuhi tuntutanku dan datang berserah diri kepadaku."

 Perutusan Balqis kembali melaporkan kepada Ratunya apa yang mereka alami dan apa yang telah diucapkan oleh Nabi Sulaiman. Balqis berfikir, jalan yang terbaik untuk menyelamatkan diri dan kerajaannya ialah menyerah saja kepada tuntutan Sulaiman dan datang menghadap dia di istananya. Nabi Sulaiman berhasrat akan menunjukkan kepada Ratu Balqis bahawa ia memiliki kekuasaan ghaib di samping kekuasaan lahirnya dan bahwa apa yang dia telah ancamkan melalui rombongan perutusan bukanlah ancaman yang kosong.

Maka bertanyalah beliau kepada pasukan Jinnya, siapakah diantara mereka yang sanggup mendatangkan tahta Ratu Balqis sebelum orangnya datang berserah diri. Berkata Ifrit, seorang Jin yang tercerdik: "Aku sanggup membawa tahta itu dari istana Ratu Balqis sebelum engkau sempat berdiri dari tempat dudukimu. Aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat dipercayai.

 Seorang lain yang mempunyai ilmu dan hikmah lantas berkata: "Aku akan membawa tahta itu ke sini sebelum engkau sempat memejamkan matamu." Ketika Nabi Sulaiman melihat tahta Balqis sudah berada didepannya, berkatalah ia: Ini adalah salah satu kurnia Tuhan kepadaku untuk mencuba apakah aku bersyukur atas kurnia-Nya itu atau mengingkari-Nya, kerana barang siapa bersyukur maka itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa mengingkari nikmat dan kurnia Allah, ia akan rugi di dunia dan di akhirat dan sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Mulia."

Menyonsong kedatangan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman memerintahkan orang-orangnya agar mengubah sedikit bentuk dan warna tahta Ratu itu yang sudah berada di depannya kemudian setelah Ratu itu tiba berserta pengiring-pengiringnya, bertanyalah Nabi Sulaiman seraya menundingkan kepada tahtanya: "Serupa inikah tahtamu?" Balqis menjawab: "Seakan-akan ini adalah tahtaku sendiri," seraya bertanya-tanya dalam hatinya, bagaimana mungkin bahawa tahtanya berada di sini padahal ia yakin bahawa tahta itu berada di istana tatkala ia bertolak meninggalkan Saba.

Selagi Balgis berada dalam keadaan kacau fikiran, kehairanan melihat tahta kerajaannya sudah berpindah ke istana Sulaiman, ia dibawa masuk ke dalam sebuah ruangan yang sengaja dibangun untuk penerimaannya. Lantai dan dinding-dindingnya terbuat dari kaca putih. Balqis segera menyingkapkan pakaiannya ke atas betisnya ketika berada dalam ruangan itu, mengira bahawa ia berada di atas sebuah kolam air yang dapat membasahi tubuh dan pakaiannya.

Berkata Nabi Sulaiman kepadanya: "Engkau tidak usah menyingkap pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa yang engkau lihat itu adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini." "Oh,Tuhanku," Balqis berkata menyedari kelemahan dirinya terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang dipertunjukkan oleh Nabi Sulaiman, "aku telah lama tersesat berpaling daripada-Mu, melalaikan nikmat dan kurnia-Mu, merugikan dan menzalimi diriku sendiri sehingga terjatuh dari cahaya dan rahmat-Mu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman Nabi-Mu dengan ikhlas dan keyakinan penuh. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang."

Demikianlah kisah Nabi Sulaiman dan Balqis Ratu Saba. Dan menurut sementara ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi Sulaiman pada akhirnya kahwin dengan Balqis dan dari perkahwinannya itu lahirlah seorang putera. Menurut pengakuan maharaja Ethiopia Abessinia, mereka adalah keturunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkahwinannya dengan Balqis itu. Wallahu alam bisshawab.

Wafatnya Nabi Sulaiman

Al-Quran mengisahkan bahawa tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan kematian Sulaiman kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya yang ia sandar kepadanya ketika Tuhan mengambil rohnya. Para Jin yang sedang mengerjakan bangunan atas perintahnya tidak mengetahui bahawa Nabi Sulaiman telah mati kecuali setelah mereka melihat Nabi Sulaiman tersungkur jatuh di atas lantai, akibat jatuhnya tongkat sandarannya yang dimakan oleh anai-anai.

Sekiranya para Jin sudah mengetahui sebelumnya, pasti mereka tidak akan tetap meneruskan pekerjaan yang mereka anggap sebagai seksaan yang menghinakan. Berbagai cerita yang dikaitkan orang pada ayat yang mengisahkan matinya Nabi Sulaiman, namun kerana cerita-cerita itu tidak ditunjang dikuatkan oleh sebuah hadis sahih yang muktamad, maka sebaiknya kami berpegang saja dengan apa yang dikisahkan oleh Al-Quran dan selanjutnya Allahlah yang lebih Mengetahui dan kepada-Nya kami berserah diri.

Kisah Nabi Sulaiman dapat dibaca di dalam Al-Quran, surah An-Naml ayat 15 sehingga ayat 44.